3 Langkah Menulis E – Buku Anda Sendiri

by Hisham Supian 

4 Flares 4 Flares ×

Menulis Ebook Anda Sendiri ??

 

Proses menulis ebook adalah lagi mudah dari proses mencari tajuk ebook untuk di tulis. Kadangkala, yang menjadi penghalang kepada usahawan internet untuk memiliki perniagaan ebook sendiri bukan di sebabkan tidak ada kemahiran menulis tetapi tidak tahu hendak menulis apa.

Ebook di tulis untuk menyelesaikan masalah orang ramai. Orang ramai membeli ebook di sebabkan mereka mahukan maklumat yang ada di dalam ebook tersebut. Sebenarnya, anda boleh tulis apa sahaja yang anda mahu kemudian anda hanya perlu menjualnya kepada mereka yang memerlukannya.

Konsepnya mudah, jual minuman pada mereka yang dahaga dan jual makanan pada mereka yang lapar. Jual ebook pada mereka yang mahukan maklumat tersebut. Maksudnya, anda boleh jual ebook apapun asalkan teknik pemasaran anda bagus.

Untuk membantu anda mencari idea untuk tulis ebook, saya senaraikan tiga teknik simple yang boleh membantu anda untuk cari idea untuk menulis ebook. Anda tidak perlu menjadi sempurna untuk memulakan sesuatu tetapi anda perlu melakukan sesuatu untuk jadi SEMPURNA

 

Langkah Pertama : Tulis apa yang anda tahu.

Cuba  senaraikan 10  perkara atau topik yang anda tahu dan minat di dalam kehidupan anda . Tip disini anda tidak perlu menjadi orang lain tapi menjadi diri sendiri. Tuliskan apa saja yang anda pakar dan ingin lakukan. PAstikan anda memilih niche yang ‘evergreen’

Evergreen disini bermaksud, Tak lekang Dek panas Tak lapuk dek Hujan. Senaraikan niche-niche anda yang anda pilih.

  • Kereta
  • Saham
  • Politik
  • Motivasi
  • Agama
  • Memasak
  • Hobi anda
  • Berkebun
  • Meluangkan masa dengan keluarga
  •  Memikat wanita

Dari 10 perkara yang anda senaraikan itu, anda pilih tiga topik yang anda rasa anda mempunyai pengetahuan yang meluas mengenai topik tersebut. Melalui tiga topik ini, pilih satu topik yang anda rasa, anda boleh siapkan ebook tersebut dalam masa terdekat ini.

Kecilkan Skop Tajuk Contohnya Niche Automotive, kecilkan kepada Penjagaan Enjin, Penjagaan Kereta dan sebagainya. Elakkan mengambil niche yang Umum kerana anda tidak akan dapat conversion yang baik. Walaupun anda mempunyai ramai pelawat tetapi anda tetap tidak akan membuat duit dalam perniagaan online

Bagi saya tidak guna anda melakukan sesuatu yang anda tidak suka, dalam erti kata lain ‘passion’ jadi anda perlulah mencari apakah minat dan kegemaran anda dan tuliskannya. Tidak perlu sempurna untuk memulakan sesuatu tetapi anda akan menjadi sempurna setelah membuat sesuatu.

Tukarkan passion anda kepada income salah satu buku fizikal yang saya pernah bace tentang passion to in income ialah karya amirull dan elin  juga dengan judul Passion to Income . Ebook ini cukup praktikal dan mirip seperti ebook antarabangsa karya Brian Tracy. Dalam ebook ini menunjukkan langkah mengenalpasti sesuatu yang sanggup anda lakukan tanpa bayaran.

Biasanya perkara yang anda sanggup lakukan itu adalah seperti mengadap facebook, berbual tentang pemasaran SEO, menjadi konsultan, atau apa sahaja hobi atau kepakaran yang anda miliki. Tuliskan sahaja dan bincangkan kemudian. Idea pada waktu ini mungkin hanya seringgit tapi sekiranya dikenalpasti dan dilaksanakan akan bernilai lebih sejuta. Malaysia BOLEH

Contohnya, pada tapisan pertaman anda memilih tiga perkara berikut iaitu

  • Memasak
  • Kereta
  • Saham

Melalui tiga perkara di atas, anda rasa topik memasak adalah topik yang anda boleh mulakan penulisan dengan segera kerana anda hanya perlu mengambil masa yang sekejap untuk menulis kesemua resepi yang anda tahu di sebabkan ia berada di dalam kepala anda.

Sekiranya anda memilih memasak anda boleh kecilkan skop anda kepada memasak Roti atau memasak Kek. Tulis sesuatu yang paling banyak berada di dalam kepala anda. Anda tidak perlu merujuk mana-mana buku atau bahan kajian kerana anda memang tahu. Ingat di dalam industri ebook, anda boleh tulis apa sahaja yang anda mahu kerana tugas anda hanyalah mencari sekelompok manusia yang mahukan maklumat tersebut di Internet.

 

Teknik Kedua : Keadaan persekitaran.

Keadaan persekitaran juga mampu memberi anda idea untuk menulis ebook. Dalam aktiviti seharian anda, apakah perkara yang banyak memberi masalah kepada anda ? senaraikan masalah anda di dalam satu senarai. Contohnya,

  • Tidak tahu dengan jelas bagaimana wang anda habis.
  • Sangat sukar hendak mengemas rumah.
  • Tiada masa untuk melakukan perkara yang anda minat di sebabkan komitmen kerja

Dari permasalahan yang anda hadapi ini, cuba anda cari satu penyelesaian bagi satu atau dua masalah. Anda boleh cuba beberapa tips sedia ada atau anda cari penyelesaian sendiri. Anda boleh tulis ebook berdasarkan pengalaman anda menyelesaikan masalah yang anda ada.

Keadaan persekitaran memang boleh memberi anda idea. Teknik di atas tidak terhad pada masalah anda sahaja, anda boleh selesaikan masalah orang lain dan tulis ebook mengenainya.

 

Teknik ketiga : Melihat produk informasi yang lain.

Kadangkala apabila kita melihat produk informasi orang lain, ilham akan terdetik di dalam minda kita bahawa anda boleh buat yang lebih baik mengenai topik tersebut. Ketika anda membaca ebook orang lain, anda seperti rasa kekosongan yang wujud dalam ebook mereka.

Melalui kekosongan inilah anda memperoleh idea untuk menulis ebook. Teorinya mudah sahaja, anda melengkapkan ebook orang lain yang telah lengkap. Contohnya ebook mengenai rawatan herba darah tinggi. Dari bacaan anda pada ebook yang ada di pasaran, anda dapati penulis tertinggal beberapa herba yang juga berkesan dalam rawatan darah tinggi.

Jadi, anda tulis mengenai herba yang tertinggal tersebut di samping memberi maklumat mengenai herba yang sudah ada di pasaran. Dengan penambah baikkan ebook yang anda tulis ini, ia akan memberi kelebihan kepada anda dari para pesaing sedia ada.

 Dengan menggunakan tiga teknik yang saya senaraikan ini, saya pasti anda akan dapat penyelesaian bagi masalah bagaimana hendak mencari idea bagi ebook pertama anda dan ebook-ebook seterusnya. Apabila anda sudah menemui topik yang anda rasa anda boleh tulis, teruskan matlamat aktiviti penulisan sehingga habis.

Jangan berhenti menulis atau cuba-cuba untuk mengubah topik. Kadangkala, di dalam proses penulisan, perasaan ingin cepat untung telah mengkaburi minda anda untuk memperoleh idea bagi penulisan ebook anda.

 

Kekal dengan matlamat anda, InsyaAllah ebook anda akan siap dan boleh di jual

4 Flares Twitter 1 Facebook 2 Pin It Share 0 Reddit 0 Google+ 1 LinkedIn 0 4 Flares ×

Adakah artikel ini sangat berguna dan bermanafaat buat anda? Jika ya, isi nama panggilan dan email utama anda di bawah untuk menerima artikel terbaru terus ke email anda.Jangan lupa untuk klik SHARE !!!

Red Quattro adalah salah sebuah syarikat Bumiputera yang menawarkan peluang perniagaan dalam mewujudkan satu rangkaian Intergrated Fundamental Marketing dengan branding Red Quattro melalui program Implementasi Pembangunan Modal Insan.Produk Utama ialah Red Quatro Petromax dan Lubemax boleh dianggap sebagai senjata ekonomi dimana penggunaannya mampu mengurangkan kos operasi dan penyelengaraan kenderaan sehingga 20% setahun. Ianya juga mampu mengurangkan pelepasan asap daripada ekzos kenderaan anda. Untuk lebih lanjut Red Quattro Petromax dan Red Quattro Lubemax

{ 0 comments… add one now }

Leave a Comment

CommentLuv badge

Previous post:

Next post:

Backlink checker to www.hishamsupian.com